HOMEMADE MALAYSIAN TAKOYAKI
Minggu lepas ada la sorang akak ni bawak bekal, dia pun offer la...untuk jaga hati dia, amik satu dan makan. bila makan tu, sedap la pulak benda ni. Mula-mula tak tau pun nama apa, bila tanya baru tau namanya Takoyaki iaitu sejenis makanan Jepun. So, tanya la akak tu macam mana nak buat ni, akak yang baik hati tu pun bagi le resepi Takoyaki ala-ala Malaysia yang dia buat. Hari ni, rasa teringin nak try & baru berkesempatan buat sendiri Takoyaki ni. So, jom kita intai macam mana nak buat Takoyaki Malaysian style.
1 Cawan Tepug Gandum
11/2 Cawan Air
Sebiji Telur
Satu Sudu Teh Baking Powder
Secubit Garam
2 Sudu Besar Butter / 1 Sudu Minyak Bunga Matahari
Sedikit Kubis (Dicincang)
Kepingan Cheese Secukupnya
Kepingan Seaweed Secukupnya
Filamen Ketam (Dipotong Pendek2)
Sedikit Cincangan Isi Udang (Jika Suka)
Mayonis / Sos Salad Secukupnya
Sos Cili Secukupya
Loyang Cupcake (Saiz Kecil)
CARANYA:
Campurkan tepung, air, baking powder, butter, garam serta telur ke
dalam mixer dan kacau sebati.
Setelah sebati, masukkan kubis cincang sehingga menutupi 3/4 bahagian
adunan tadi.
Panaskan loyang pembakar dan griskan setiap lubang dengan butter atau
minyak.
Tuangkan sedikit adunan pada setiap lubang (kira-kira 1/4 paras lubang.
Kemudian susunkan seaweed yang telah dipotong kecil dan juga kepingan
filamen ketam.
Setelah selesai menyusun, tuangkan sedikit lagi adunan untuk menutup
filamen ketam tadi. Pastikan adunan tidak melimpah keluar dari lubang loyang.
Potong kepingan cheese kecil-kecil dan tabur di atas adunan. Setelah
itu, bakar adunan tadi pada suhu 180'c selama lebih kurang 10 minit.
Setelah adunan nampak kekuningan, angkat dan keluarkan segera dari
lubang loyang bagi mengelakkannya dari melekat. Sejukkan seketika dan picit sos
serta mayonis di atasnya. Sedia untuk dihidang.
Selamat Mencuba!